by Chef Ridzwan Rasit Rendang Tok Gaya Perak dengan Daging Lembu Australia

  • Prep 10Min
  • Cook 1Hr, 30Min
  • Style
  • Meat
  • Cut
  • Serves 4

Resipi Ramadan dan Raya oleh Chef Ridzwan Rasit: Rendang Tok Gaya Perak dengan Daging Lembu Australia

Ingredients

  • 400 g Daging Lembu Australia Sejuk, dipotong kiub 2 inci
  • 10 sudu besar Minyak masak
  • 2 kuntum Bunga cengkih
  • 2 biji Bunga lawang
  • 2 biji Buah pelaga
  • 5 cm Kulit kayu manis
  • 2 helai Daun kunyit, dihiris halus
  • 20 g Serai, dititik
  • 300 ml Santan
  • 200 ml Air
  • 35 g Kelapa parut kering – disangai hingga keperangan

Bahan Rempah

  • 10 g Halia, dipotong kasar
  • 10 g Lengkuas, dipotong kasar
  • 15 g Cili kering, direndam, dibuang biji & dihiris
  • 150 g Bawang besar, dipotong kasar
  • 1 cm Kunyit hidup, dipotong kasar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 sudu besar Serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh Serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh Jintan putih

Ramuan Rahsia

  • 1 biji Buah keras, diparut

Perasa

  • 1-2 sudu besar Gula perang
  • Garam

Hiasan

  • 2 helai Daun limau purut, digoreng
  • 2 helai Daun kunyit, dihiris halus dan digoreng
  • 1 sudu besar Kelapa kering, disangai hingga keperangan

Preparation

  1. Kisar semua bahan rempah dalam pemproses makanan sehingga menjadi pes yang halus.

  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kering (bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang) serta daun kunyit selama 1–2 minit sehingga minyak naik bau. Masukkan bahan rempah yang telah dikisar dan tumis atas api sederhana selama 8–10 minit.

  3. Masukkan kiub daging ke dalam pes rempah dan goreng selama 1–2 minit sehingga daging berubah warna dan sedikit keperangan.

  4. Seterusnya, masukkan santan, air dan serai. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

  5. Masukkan kelapa parut kering yang telah disangai, kemudian perasakan dengan garam dan gula perang secukup rasa.

  6. Hidangkan bersama lemang dan ketupat palas, dan hiaskan dengan daun limau purut yang dihiris halus serta satu sudu besar kelapa parut kering yang telah disangai.

 

Kunjungi Ramadan and Raya Specials 2024 untuk lebih banyak hidangan lazat dan pengalaman menarik!