Laman web ini Dasar Privasi MLA

DASAR PRIVASI MLA (Malaysia)

BAHAGIAN A- BAGI INDIVIDU DI AUSTRALIA ATAU DI LUAR KAWASAN EU

1. Latar Belakang

Meat & Livestock Limited ABN 39 081 678 364 (MLA) menghormati hak privasi individu. Dasar ini menyatakan kaedah MLA mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi (selain daripada maklumat yang diproses oleh MLA berkaitan dengan aktiviti di Kesatuan Eropah (EU) atau berkaitan dengan individu yang berada di kawasan EU yang diuruskan dalam Notis Privasi EU MLA (di bawah)). Dasar ini menerangkan bagaimana MLA mengumpul, menyimpan, mengguna dan menzahirkan maklumat peribadi.

Jika anda berada di luar kawasan EU dan tidak berinteraksi dengan pejabat MLA di EU, anda bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran maklumat peribadi anda sepertimana yang ditetapkan dalam dasar ini apabila anda melayari laman web MLA atau memberi maklumat peribadi anda kepada MLA.

2. Jenis maklumat peribadi yang dikumpul

Jenis maklumat peribadi yang dikumpul dan disimpan oleh MLA bergantung kepada sifat interaksi anda dengan kami, secara am, maklumat peribadi tersebut terdiri daripada nama, maklumat perhubungan (seperti nombor telefon, alamat dan alamat e-mel) serta maklumat am mengenai ternakan dan operasi perniagaan anda. Ia mungkin termasuk maklumat kad kredit and jika anda membeli produk, butir penerbangan kerap, butir insuran pelancongan, keperluan diet atau maklumat résumé anda jika kami memerlukan butir tersebut untuk suatu acara atau untuk bermaklum balas mengenai permohonan pekerjaan. Kami biasanya akan mengenal pasti unsur-unsur yang kami perlukan bagi memudahkan urusan anda dengan MLA apabila kami mengumpul maklumat peribadi anda.

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin boleh berurusan dengan MLA tanpa mengenalkan identiti anda (i.e. secara tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran), contohnya apabila anda membuat pertanyaan am mengenai MLA atau programnya. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami untuk menentukan sama ada ia adalah praktikal dalam situasi anda.

3. Kaedah mengumpul maklumat peribadi

MLA secara amnya hanya mengumpul maklumat peribadi jika anda memilih untuk memberi maklumat tersebut sendiri melalui telefon, secara pos atau e-mel, melalui laman web MLA atau dengan mengisi borang sama ada dalam talian atau salinan keras. Namun, mungkin terdapat keadaan di mana MLA mengumpul maklumat peribadi anda daripada orang lain, seperti apabila kami berhubungan dengan pihak ketiga untuk membantu kami menjalankan kempen keahlian atau apabila kami mengadakan program atau acara bersama atau dengan Koporat Penyelidikan dan Pembangunan atau konsultan (yang mana berkenaan).

MLA juga mengumpul maklumat tertentu secara automatik apabila anda mengunjungi laman web MLA. Maklumat tersebut termasuk jenis pelayar laman web anda, alamat pelayan, jenis sistem operasi, alamat IP, cara dan masa anda mengguna laman web MLA dan laman web yang pernah dikunjungi. MLA menggunakan maklumat ini secara tanpa nama dan tidak akan menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti anda melainkan jika diperlukan oleh undang-undang.

Anda tidak perlu memberi maklumat peribadi anda kepada MLA tetapi jika anda tidak memberi maklumat yang diminta, MLA mungkin tidak akan dapat mengendalikan keahlian anda atau tidak dapat membekalkan produk dan perkhidmatannya kepada anda (jika berkenaan).

4. Tujuan memegang dan mengguna maklumat peribadi

MLA mengguna maklumat peribadi yang dikumpul untuk tujuan ia diberikan kepada MLA, untuk menjalankan tujuan perniagaan MLA (sepertimana yang tertera secara am di dalam laman web MLA www.mla.com.au), untuk memenuhi kewajipan undang-undang, keperluan lain yang berkaitan atau yang dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang. Sekiranya dokumen MLA memerlukan maklumat peribadi, MLA akan menyatakan keperluan am untuk kegunaannya dan kepada siapa maklumat itu boleh dizahirkan, serta kesan utama, kalau ada, jika sebarang maklumat berkenaan tidak diberikan. Tujuan am MLA merangkumi (yang mana berkenaan):

    (a)         membekal produk dan perkhidmatan yang diminta oleh anda dan membalas pertanyaan anda;

    (b)         mentadbir program MLA dan berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan;

    (c)         memaklumkan ahli MLA, pembayar levi dan ahli orang awam berkaitan mengenai perniagaan MLA, produk dan perkhidmatan yang disediakan dan isu-isu yang berkaitan dengan industri daging merah dan ternakan;

    (d)         menjalan projek khusus yang anda telah memilih untuk mengambil bahagian;

    (e)         mentadbir pertandingan;

     (f)         mentadbir acara;

    (g)         memasukkan maklumat anda di dalam pangkalan data MLA yang tersedia secara awam;

    (h)         mengurus keahlian anda dengan MLA dan menyemak Notis Levi anda berhubung dengan mesyuarat agung tahunan MLA;

     (i)         menghantar bahan pemasaran yang dianggap berguna oleh MLA (jika anda telah bersetuju untuk menerimanya). Sekiranya MLA dimaklumkan bahawa seseorang tidak ingin menerima maklumat tersebut, MLA tidak akan menghantar ia kepada orang tersebut. Ini tidak terpakai kepada maklumat yang kami perlu hantar di sisi undang-undang; dan

     (j)         mematuhi keperluan undang-undang.

5.  Penzahiran maklumat peribadi

Secara amnya, MLA akan mendapatkan persetujuan anda sebelum membuat penzahiran maklumat peribadi selain daripada yang dinyatakan di dalam dasar ini. Persetujuan boleh diberikan secara nyata atau tersirat dalam kelakuan anda.

Sesetengah maklumat yang anda berikan kepada kami akan diterbitkan di dalam dokumern atau pangkalan data kami yang boleh diakses dengan segera oleh pihak awam atau akan disediakan kepada pihak awam atas permintaan mereka. Ini termasuk maklumat yang terkandung dalam daftar ahli dan maklumat mengenai kelayakan mengundi (diperoleh daripada notis levi). Satu lagi contoh adalah di mana anda terlibat dalam pengeksportan daging, MLA mungkin akan masukkan maklumat peribadi anda (seperti maklumat perhubungan) di dalam Pangakalan Data Pengeksport Daging Merah Australia MLA yang boleh diakses oleh orang awam di dalam laman web MLA.

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan, maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada:

    (a)         entiti berkaitan dengan MLA, pejabat-pejabat antarabangsa dan wakil-wakil untuk tujuan perniagaan MLA sahaja;

    (b)         pembekal perkhidmatan luaran (atas asas sulit dan pembekal-pembekal perkhidmatan tersebut adalah terhad kepada menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan MLA sahaja). Secara khususnya, pangkalan data ahli MLA adalah dikekalkan di dalam pelayan yang dikendalikan oleh pihak ketiga di bawah kewajipan rahsia kontrak;

    (c)         penasihat pakar MLA yang dilantik untuk memberikan perkhidmatan perundangan, pentadbiran, kewangan, insuran, penyelidikan, pemasaran atau perkhidmatan yang lain; dan

    (d)         individu yang dibenarkan, secara langsung atau tidak langsung, apabila maklumat peribadi dibekalkan atau dikumpulkan oleh MLA.

MLA juga mungkin menerbitkan amalan penzahiran berkenaan dengan produk atau perkhidmatan khusus yang dibekalkan olehnya.

Sesetengan entiti berkaitan dengan MLA, pejabat-pejabat antarabangsa dan wakil-wakil kepada siapa MLA mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda terletak di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Eropah, Cina, Indonesia, Rusia, Filipina, India, Malaysia dan Vietnam.

6.  Keselamatan maklumat peribadi

MLA mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada salah guna, kehilangan dan gangguan dan dari akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau penzahiran.

Kami akan memegang maklumat peribadi hanya untuk masa yang tersingkat untuk tujuan yang ia dikumpul atau untuk masa yang lebih lama jika dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang. Sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang, apabila tempoh masa itu tamat, MLA akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghapuskan atau untuk tidak mengenal pasti (de-identify) maklumat yang diperoleh secara kekal jika ianya tidak lagi diperlukan untuk tujuan perniagaan MLA dan jika dibenarkan di sisi undang-undang.

7. Maklumat sensitif

MLA secara amnya tidak mengumpul sebarang maklumat sensitif kerana terma tersebut hanya diguna pakai di undang-undang privasi (termasuklah maklumat berkenaan dengan bangsa atau keturunan etnik, keahlian badan politik, agama atau kesatuan sekerja, kecenderungan atau aktiviti seksual, rekod jenayah, keadaan kesihatan atau sejarah perubatan). MLA hanya akan mengumpul maklumat sensitif di mana diperlukan oleh undang-undang atau dengan kebenaran. Sekiranya MLA memegang sebarang maklumat peribadi yang sensitif, maklumat tersebut hanya akan digunakan dan dizahirkan oleh MLA bagi tujuan yang ia diberikan.

Jika MLA meminta untuk maklumat sensitif, MLA akan mejelaskan sebab untuk permintaan tersebut.

8. Akses kepada maklumat peribadi

Seorang boleh memohon akses kepada maklumat peribadi yang dipegang oleh MLA dengan menghubungi MLA menggunakan maklumat hubungan seperti yang dinyatakan di bawah. MLA akan memproses permintaan tersebut di dalam tempoh masa yang wajar dan MLA mungkin akan mengenakan fi untuk menyediakan akses tersebut untuk menampung kos pengesahan permohonan dan mendapatkan maklumat seperti yang diminta. Jika MLA menafikan permohonan akses, ia akan menberikan sebab-sebab untuk berbuat demikian.

Setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan di negara anda, dan setakat mana undang-undang tersebut terpakai kepada laman web kami, dan kepada anda, anda mungkin mempunyai hak untuk:

(a)              Akses. Anda mempunyai hak untuk meminta satu salinan maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda, dan kami akan memberikan anda maklumat tersebut dalam bentuk eletronik. Demi privasi dan keselamatan anda, kami mungkin akan, mengikut pendapatan kami, memerlukan anda untuk membuktikan identiti anda sebelum kami memberikan anda maklumat yang diminta. Jika anda memerlukan lebih daripada satu salinan data peribadi anda, kami mungkin akan mengenakan fi pentadbiran yang wajar.

(b)              Pembetulan. Anda mempunyai hak untuk membetulkan maklumat peribadi yang kami proses tentang anda yang tidak lengkap atau tidak tepat. Sila ambil perhatian bahawa anda sentiasa boleh membuat pembetulan tertentu kepada maklumat peribadi tertentu secara terus melalui akaun dalam talian anda.

(c)              Pemadaman. Anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami memadamkan maklumat peribadi yang kami proses tentang anda, namun kami tidak perlu untuk berbuat demikian jika kami perlu mengekalkan data tersebut untuk mematuhi keperluan undang-undang atau untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

(d)              Sekatan. Anda mempunyai hak untuk menyekat kami daripada memproses maklumat peribadi anda jika anda percaya bahawa data tersebut adalah tidak tepat, pemprosesan kami adalah salah di sisi undang-undang atau kami tidak perlu lagi memproses data tersebut untuk tujuan tertentu, tetapi kami tidak boleh memadam data tersebut oleh kerana terdapat obligasi undang-undang atau obligasi yang lain atau oleh kerana anda tidak ingin kami memadam data tersebut.

(e)              Kemudahalihan. Anda mempunyai hak untuk memperoleh maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda dalam bentuk elektronik dan berstruktur dan untuk menyebarkan data tersebut kepada pengawal data yang lain, di mana ini adalah (a) maklumat peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami, dan (b) jika kami memproses data tersebut dengan persetujuan anda (seperti untuk komunikasi pasaran langsung) atau untuk melaksanakan kontrak dengan anda.

 (f)              Bantahan. Jika justifikasi undang-undang untuk kami memproses maklumat peribadi anda adalah untuk kepentingan sah, anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan tersebut atas sebab yang berkaitan dengan keadaan anda. Kami akan mengikut permintaan anda kecuali di mana kami mempunyai kepentingan yang sah dan menambat untuk memproses data dan kepentingan ini lebih penting daripada kepentingan dan hak anda, atau jika kami perlu meneruskan pemprosesan data tersebut untuk menubuhkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

(g)              Tarik balik kebenaran. Jika anda telah memberi persetujuan kepada kami untuk memproses maklumat peribadi anda, anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini termasuk kes di mana anda ingin untuk memilih keluar daripada menerima mesej pemasaran daripada kami.

Anda boleh membuat pertanyaan sekiranya mana-mana hak yang dinyatakan di atas berkaitan dengan anda atau membuat sebarang permintaan yang dibenarkan oleh hak-hak tersebut dengan menghubungi MLA melalui butir-butir hubungan yang dinyatakan di bawah.

9. Pembetulan maklumat peribadi

MLA akan mengambil langkah yang wajar untuk memastikan maklumat peribadi yang diperoleh adalah tepat, lengkap dan dikemas kini.

MLA patut dimaklumkan dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada maklumat peribadi seseorang individu dengan menghubungi MLA menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. Seseorang itu boleh meminta MLA untuk membetulkan maklumat peribadi mereka yang dipegang oleh MLA pada bila-bila masa. Apabila diminta, MLA akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membetulkan maklumat supaya ia adalah tepat, lengkap dan dikemas kini, atau akan memberikan alasan untuk tidak berbuat demikian.

10. Cara Membuat Aduan

Jika anda ingin membuat aduan mengenai pelanggaran dasar ini atau Prinsip Privasi Australia yang dinyatakan di dalam Akta Privasi 1988 (Privacy Act 1988) (Cth), anda boleh menghubungi MLA dengan menggunakan maklumat hubungan di bawah. Anda perlu memberikan maklumat yang cukup mengenai aduan anda dan menyertakan bukti atau maklumat sokongan.

MLA akan merujuk aduan anda kepada Pegawai Privasi yang akan menyiasat isu berkenaan lalu menentukan langkah-langkah yang MLA akan ambil untuk menyelesaikan aduan anda. MLA akan menghubungi anda sekiranya kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda dan kami juga akan memaklumkan anda tentang keputusan penyiasatan secara bertulis. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan MLA, anda boleh menghubungi MLA untuk membincang kebimbangan anda atau menghubungi Pesuruhjaya Privasi Australian melalui www.oaic.gov.au, atau pengawal selia privasi di negara anda. 

11. Perubahan Kepada Dasar Ini

MLA boleh membuat pindaan kepada dasar ini dari masa ke semasa dan dasar yang terpinda akan diterbitkan di dalam laman web MLA. Sila semak laman web MLA dari masa ke semasa untuk pindaan kepada dasar ini. Dengan terus menggunakan laman web atau perkhidmatan MLA atau dengan memberi maklumat peribadi tambahan kepada MLA setelah dasar ini telah dipinda, ia merupakan penerimaan anda terhadap dasar yang terpinda.

12. Hubungi MLA

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai dasar ini atau amalan privasi MLA, sila hubungi Pegawai Privasi MLA melalui talian +61 02 9463 9333 atau e-mel kami di privacy@mla.com.au. Ibu pejabat MLA terletak di Aras 1, 40 Mount Street, North Sydney NSW 2060 dan alamat pos MLA adalah PO Box 1961, North Sydney NSW 2059.

 

PART B - NOTIS PRIVASI EU

 

1. Latar Belakang

Notis ini diguna pakai untuk pemprosesan data peribadi di mana pemprosesan tersebut tertakluk kepada undang-undang perlindungan data Eropah termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah (EU).

Kami terikat untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Jika anda merupakan individu di EU atau anda berinteraksi dengan pejabat MLA di EU, notis ini menyatakan kaedah kami memproses data peribadi anda dan dasar undang-undang untuk kami berbuat demikian. Untuk tujuan undang-undang perlindungan data yang terpakai, termasuklah GDPR, pengawal data adalah Meat & Livestock Australia Ltd, The Vineyards Business Centre, 36 Gloucester Avenue, Camden Town, London, NW1 7BB, United Kingdom (MLA).

2. Jenis data yang dikumpul

Jenis maklumat peribadi yang dikumpul and disimpan oleh MLA bergantung kepada sifat interaksi anda dengan kami, secara am, maklumat peribadi tersebut terdiri daripada nama, maklumat perhubungan (seperti nombor telefon, alamat dan alamat e-mel) serta maklumat am mengenai operasi ternakan dan perniagaan anda. Ia mungkin juga mengandungi maklumat kad kredit jika anda membeli produk, butir penerbangan kerap, butir insuran pelancongan, keperluan diet atau maklumat résumé anda jika kami memerlukan butir tersebut untuk suatu acara atau untuk bermaklum balas mengenai permohonan pekerjaan. Kami biasanya akan mengenal pasti unsur-unsur yang kami perlukan bagi memudahkan urusan anda dengan MLA apabila kami mengumpul maklumat peribadi anda.

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin boleh berurusan dengan MLA tanpa mengenalkan identiti anda (i.e. secara tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran), contohnya apabila anda membuat pertanyaan am mengenai MLA atau programnya. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami untuk menentukan sama ada ia adalah praktikal dalam situasi anda.

3. Kaedah mengumpul maklumat peribadi

MLA secara amnya hanya mengumpul maklumat peribadi jika anda memilih untuk memberi maklumat tersebut sendiri, misalnya secara peribadi, melalui telefon, pos atau e-mel, melalui laman web MLA atau dengan mengisi borang sama ada dalam talian atau salinan keras. Namun, mungkin terdapat keadaan di mana MLA mengumpul maklumat peribadi anda daripada orang lain, seperti apabila kami berhubungan dengan pihak ketiga untuk membantu kami menjalankan kempen keahlian atau apabila kami mengadakan program atau acara bersama dengan pihak lain.

MLA juga mengumpul maklumat tertentu secara automatik apabila anda mengunjungi laman web MLA. Maklumat tersebut termasuk jenis pelayar laman web anda, alamat pelayan, jenis sistem operasi, alamat IP, cara dan masa anda mengguna laman web MLA dan laman web yang pernah dikunjungi. MLA menggunakan maklumat ini secara tanpa nama dan tidak akan menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti anda melainkan jika diperlukan oleh undang-undang.

Anda tidak perlu memberi maklumat peribadi anda kepada MLA tetapi jika anda tidak memberi maklumat yang diminta, MLA mungkin tidak akan dapat mengendalikan keahlian anda atau tidak dapat membekalkan produk dan perkhidmatannya kepada anda.

4. Tujuan dan asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda

Sekiranya MLA mengumpul data peribadi, MLA akan menyatakan keperluan am untuk menggunanya dan kepada siapa maklumat itu mungkin dizahirkan serta kesan utama, kalau ada, jika maklumat berkenaan tidak diberikan. Tujuan am MLA mungkin merangkumi:

(a)              membekal produk dan perkhidmatan yang anda telah meminta dan membalas pertanyaan anda. Kami perlu memproses data anda dalam cara ini untuk menjalankan obligasi kontrak kepada anda berkenaan produk dan perkhidmatan yang telah anda minta. Berhubung dengan pertanyaan anda, ia adalah kepentingan sah kami untuk menggunakan data peribadi anda untuk membalas pertanyaan anda;

(b)              mentadbir program MLA dan berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan. Ianya merupakan kepentingan sah kami untuk menggunakan maklumat anda untuk mentadbir program-program kami;

(c)              memaklumkan ahli MLA, pembayar levi dan ahli awam berkaitan mengenai perniagaan MLA, produk dan perkhidmatan yang disediakan dan isu-isu yang berkaitan dengan industri daging merah dan ternakan. Ianya merupakan kepentingan sah kami untuk menghubungi anda dengan berita dan bahan promosi mengenai produk dan perkhidmatan yang serupa yang dibekalkan oleh MLA, sekiranya ia sejajar dengan pilihan pemasaran anda;

(d)              menjalankan projek khusus yang anda telah pilih untuk sertai. Kami perlu memproses data anda dengan kaedah ini untuk melaksanakan obligasi kontrak kepada anda berkenaan project khusus tersebut;

(e)              mentadbir pertandingan. Kami perlu memproses data anda dengan cara ini untuk melaksanakan obligasi kontrak kami kepada anda berhubung dengan penyertaan anda dalam pertandingan itu;

 (f)              mentadbir pameran perdagangan dan acara-acara lain. Kami perlu memproses data anda dengan cara ini untuk melaksanakan obligasi kontrak kami kepada anda berhubung dengan penglibatan anda dalam acara berkenaan. Ianya juga dalam kepentingan sah kami untuk memproses data anda untuk mendaftar persetujuan anda, dan kehadiran anda, di sesuatu acara;

(g)              memasukkan maklumat anda di dalam pangkalan-pangkalan data laman web MLA yang tersedia secara awam. Ianya merupakan kepentingan perniagaan sah kami untuk mengekalkan pangkalan-pangkalan data tersebut.

(h)              menghantar bahan pemasaran yang MLA menggangap akan berguna (jika anda telah bersetuju untuk menerimanya). Jika MLA dimaklumkan bahawa seseorang tidak ingin menerima maklumat tersebut, MLA tidak akan menghantarnya kepada orang tersebut. Ini tidak terpakai kepada maklumat yang kami perlu hantar di sisi undang-undang, kerana maklumat tersebut tidak merupakan komunikasi untuk tujuan pemasaran langsung. Kami hanya akan memproses data anda untuk tujuan pemasaran langsung jika telah memberi persetujuan anda; dan

 (i)              mematuhi keperluan undang-undang. Kami akan memproses maklumat anda di mana ianya perlu untuk mematuhi obligasi undang-undang yang terpakai.

5. Penzahiran data peribadi

Sesetengan maklumat yang anda berikan kepada kami mungkin akan diterbitkan di dalam dokumern atau pangkalan data yang boleh diakses dengan segera oleh pihak awam atau akan dibekalkan kepada pihak awam atas permintaan mereka.

Bergantung kepada produk atau perkhidmatan, data peribadi anda mungkin akan dizahirkan kepada:

(a)      entiti berkaitan dengan MLA, pejabat-pejabat antarabangsa dan wakil-wakil untuk tujuan perniagaan MLA sahaja;

(b)      pembekal perkhidmatan luaran (atas asas sulit dan pembekal-pembekal perkhidmatan tersebut adalah terhad kepada menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan MLA sahaja);

(c)       penasihat pakar MLA yang dilantik untuk memberikan perkhidmatan perundangan, pentadbiran, kewangan, insuran, penyelidikan, pemasaran dan perkhidmatan yang lain; dan

(d)      individu yang dibenarkan, secara langsung atau tidak langsung, apabila maklumat peribadi dibekalkan atau dikumpulkan oleh MLA.

MLA juga mungkin menerbitkan amalan penzahiran berkenaan dengan produk atau perkhidmatan khusus yang dibekalkan olehnya.

6. Pemindahan dan penyimpanan data peribadi di luar EEA

Data peribadi yang kami kumpul mungkin akan dipindah ke, dan disimpan di, suatu destinasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), termasuklah negara yang mempunyai tahap perlindungan data yang lain daripada yang diguna pakai di EEA. Data peribadi anda mungkin dipindah dan disimpan di negara-negara termasuk Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, negara bukan EEA di Eropah, Cina, Indonesia, Rusia, Filipina, India, Malaysia dan Vietnam. Data peribadi anda mungkin diproses oleh pekerja kami atau pembekal kami di luar EEA yang terlibat dalam pemprosesan butiran peribadi anda. Kami akan mengambil segala langkah yang wajar dan perlu untuk memastikan data peribadi anda dilindungi selaras dengan Notis Privasi ini serta undang-undang perlindungan data yang terpakai, dan kami tidak akan memindah data peribadi anda ke luar EEA kecuali jika perlu untuk menyimpulkan atau melaksanakan kontrak dengan anda, atau dalam kepentingan anda, atau dengan persetujuan anda.

7. Keselamatan dan penyimpanan data peribadi

MLA menggunakan langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk memastikan keselamatan yang sesuai untuk data peribadi yang dipegangnya, termasuklah perlindungan daripada pemprosesan tanpa kebenaran atau salah di sisi undang-undang, kehilangan tanpa sengaja, kemusnahan atau kerosakan.

MLA akan mengambil langkah untuk menghapuskan atau menanpanamakan data peribadi (supaya anda tidak boleh dikenalpasti daripadanya) yang dipegang oleh MLA jika ianya tidak lagi diperlukan untuk tujuan perniagaan MLA dan dibenarkan di sisi undang-undang.

8. Maklumat sensitif

MLA secara amnya tidak mengumpul sebarang maklumat sensitif kerana terma tersebut hanya diguna pakai di undang-undang privasi (termasuklah maklumat berkenaan dengan bangsa atau keturunan etnik, keahlian badan politik, agama atau kesatuan sekerja, kecenderungan atau aktiviti seksual, rekod jenayah, keadaan kesihatan atau sejarah perubatan). MLA hanya akan mengumpul maklumat sensitif di mana diperlukan oleh undang-undang atau dengan kebenaran. Sekiranya MLA memegang sebarang maklumat peribadi yang sensitif, maklumat tersebut hanya akan digunakan dan dizahirkan oleh MLA bagi tujuan yang ia diberikan.

Jika MLA meminta untuk maklumat sensitif, MLA akan mejelaskan sebab untuk permintaan tersebut.

9. Akses kepada data peribadi

Di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan (setakat mana undang-undang tersebut terpakai kepada laman web kami, dan kepada anda), anda mungkin mempunyai hak untuk:

(a)             Akses. Anda mempunyai hak untuk meminta satu salinan maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda, dan kami akan memberikan anda maklumat tersebut dalam bentuk eletronik. Demi privasi dan keselamatan anda, kami mungkin akan, mengikut pendapatan kami, memerlukan anda untuk membuktikan identiti anda sebelum kami memberikan anda maklumat yang diminta. Jika anda memerlukan lebih daripada satu salinan data peribadi anda, kami mungkin akan mengenakan fi pentadbiran yang wajar.

(b)             Pembetulan. Anda mempunyai hak untuk membetulkan maklumat peribadi yang kami proses tentang anda yang tidak lengkap atau tidak tepat. Sila ambil perhatian bahawa anda sentiasa boleh membuat pembetulan tertentu kepada maklumat peribadi tertentu secara terus melalui akaun dalam talian anda.

(c)             Pemadaman. Anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami memadamkan maklumat peribadi yang kami proses tentang anda, namun kami tidak perlu untuk berbuat demikian jika kami perlu mengekalkan data tersebut untuk mematuhi keperluan undang-undang atau untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

(h)              Sekatan. Anda mempunyai hak untuk menyekat kami daripada memproses maklumat peribadi anda jika anda percaya bahawa data tersebut adalah tidak tepat, pemprosesan kami adalah salah di sisi undang-undang atau kami tidak perlu lagi memproses data tersebut untuk tujuan tertentu, tetapi kami tidak boleh memadam data tersebut oleh kerana terdapat obligasi undang-undang atau obligasi yang lain atau oleh kerana anda tidak ingin kami memadam data tersebut.

 (i)              Kemudahalihan. Anda mempunyai hak untuk memperoleh maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda dalam bentuk elektronik dan berstruktur dan untuk menyebarkan data tersebut kepada pengawal data yang lain, di mana ini adalah (a) maklumat peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami, dan (b) jika kami memproses data tersebut dengan persetujuan anda (seperti untuk komunikasi pasaran langsung) atau untuk melaksanakan kontrak dengan anda.

 (j)              Bantahan. Jika justifikasi undang-undang untuk kami memproses maklumat peribadi anda adalah untuk kepentingan sah, anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan tersebut atas sebab yang berkaitan dengan keadaan anda. Kami akan mengikut permintaan anda kecuali di mana kami mempunyai kepentingan yang sah dan menambat untuk memproses data dan kepentingan ini lebih penting daripada kepentingan dan hak anda, atau jika kami perlu meneruskan pemprosesan data tersebut untuk menubuhkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

(k)              Tarik balik kebenaran. Jika anda telah memberi persetujuan kepada kami untuk memproses maklumat peribadi anda, anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini termasuk kes di mana anda ingin untuk memilih keluar daripada menerima mesej pemasaran daripada kami.

Anda boleh membuat mana-mana permintaan dinyatakan di atas berkenaan dengan data peribadi anda dengan menghantar permintaan melalui e-mel ke sthasia@mla.com.au.

10. Cara membuat aduan

Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan jika anda percaya bahawa kami tidak mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Jika anda tinggal di United Kingdom atau masalah anda berkaitan dengan United Kingdom, anda boleh menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (Information Commissioner’s Office) seperti yang dinyatakan di bawah:

Telefon: +4403031231113

E-mel: casework@ico.org.uk

Laman web: www.ico.org.uk

Borang dalam talian: www.ico.org.uk/concerns/

Alamat: Water Lane, Wycliffe House, Wilmslow, Cheshire, SK9 5AF

Jika anda tinggal di atau isu yang anda ingin membuat aduan berlaku di negara-negara EEA yang lain, sila klik di sini: http://ec.europa.eu/newsroom/article29/item-detail.cfm?item_id=612080, untuk senarai pihak berkuasa perlindungan data tempatan di negara-negara EEA yang lain.

11. Perubahan Kepada Dasar Ini

MLA boleh membuat pindaan kepada dasar ini dari masa ke semasa dan dasar yang terpinda akan diterbitkan di dalam laman web MLA. Sila semak laman web MLA dari masa ke semasa untuk pindaan kepada dasar ini.

12. Hubungi MLA

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai dasar ini atau amalan privasi MLA, sila hubungi MLA melalui talian +44 207 2849 784 (United Kingdom) atau dengan e-mel di sthasia@mla.com.au.

Tarikh terakhir dikemaskini 1/05/2019