Laman web ini POLISI CODE

DASAR KUKI MLA

 

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Meat & Livestock Limited ABN 39 081 678 364 ("MLA", "kita" atau "kami").

Laman web ini menggunakan kuki iaitu fail teks kecil (biasanya mengandungi pengecam unik), yang akan dihantar ke pelayar laman web anda dari komputer laman web dan akan disimpan di dalam cakera padat komputer anda atau di tablet atau di peranti mudah alih anda. Kebanyakan laman web yang anda lawat akan menggunakan kuki untuk meningkatkan kualiti pengalaman pengguna dengan membolehkan laman web tersebut “mengingati” anda, sama ada untuk tempoh kunjungan anda (menggunakan “kuki sesi”) atau untuk kunjungan ulangan (menggunakan “kuki berterusan”).

Anda boleh memadam kuki dengan menukar pilihan privasi di pelayar laman web anda. Anda turut mempunyai keupayaan untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar laman web akan menerima kuki secara automatik, namun anda biasanya boleh mengubah suai tetapan pelayar laman web anda untuk menolak kuki mengikut kehendak anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah bahagian laman web tersebut tidak akan berfungsi dengan betul jika anda menolak kuki.

Apakah Dasar Kuki ini?

Dasar Kuki ini menetapkan kaedah kami, dan pihak ketiga yang kami benarkan, untuk menggunakan kuki apabila anda menggunakan laman web kami atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web kami. Sila ambil perhatian bahawa dasar kuki ini perlu dibaca bersama Dasar Privasi atau Notis Privasi EU, yang berkenaan, disediakan di https://www.trueaussiebeefandlamb.my/privacy. Dasar Privasi dan Notis Privasi EU yang berkenaan menyatakan perkara yang kami lakukan (dan tidak lakukan) dengan maklumat, termasuklah sebarang maklumat peribadi dan data peribadi berkenaan dengan anda yang kami kumpulkan.

Apakah Kuki?

Kuki merupakan pengecam unik yang biasanya terdiri daripada teks atau kod yang kecil. Kuki biasanya akan disimpan di dalam alat peranti atau di dalam pelayar laman web dan kuki akan menghantar maklumat tertentu kembali kepada pihak yang menyediakan kuki tersebut. Apabila kami merujuk kepada kuki, kami sebenarnya merujuk kepada teknologi yang lebih luas daripada kuki termasuklah isyarat web (web beacons), GIF yang jelas, piksel dan teknologi-teknologi lain yang serupa. Apabila kami merujuk kepada kuki pihak pertama, kami bermaksud kuki yang disediakan oleh MLA. Apabila kami merujuk kepada kuki pihak ketiga, kami bermaksud kuki yang disediakan oleh pihak ketiga dan bukan MLA.

Apakah Jenis Kuki Yang Digunakan Di Dalam Laman Web?

Laman web kami terutamanya menggunakan empat jenis kuki:

  • Kuki Keperluan Operasi

Kuki ini adalah penting untuk kefungsian laman web atau untuk menjalankan tugas yang diminta oleh pengguna. Contohnya, kuki inilah yang membolehkan anda mengakses bahagian laman web yang selamat atau menggunakan troli membeli-belah. Secara ringkasnya, kuki sebegini membolehkan anda melayari dan menggunakan laman web kami.

  • Kuki Prestasi

 

Kuki ini mengumpulkan maklumat berkenaan dengan bagaimana pelawat menggunakan laman web dan memantau prestasi laman web. Contohnnya, kuki prestasi boleh memaklumkan kami laman layar yang mana adalah popular, memantau trafik ke laman web kami dan mengumpul maklumat analisis tanpa nama. Kuki prestasi juga boleh digunakan untuk mengenal pasti dan memperbaiki masalah operasi laman web.

 

  • Kuki Kefungsian

 

Kuki ini digunakan untuk mengecam dan mengingati pilihan anda. Contohnya, kuki kefungsian boleh menggunakan maklumat seperti lokasi anda untuk memastikan bahawa anda akan mengakses versi laman web kami yang khusus untuk bandar atau rantau anda.

 

 

  • Kuki Pengiklanan

 

Kami membenarkan pihak ketiga untuk menyampaikan kandungan iklan yang diperibadikan di laman web kami dan/atau laman web dan aplikasi pihak ketiga. Pihak ketiga tersebut menggunakan kuki untuk memahami minat anda terhadap iklan and kandungan yang dihantar kepada anda, dan untuk menyampaikan iklan yang lebih releven berdasarkan aktiviti anda di dalam laman web kami. Contohnya kuki pihak ketiga boleh mencatatkan maklumat tentang sama ada anda ada mengklik kandungan atau iklan tertentu di dalam laman web kami atau laman web yang lain.

 

Kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas atau akses kepada kuki pengiklanan pihak ketiga atau maklumat yang terkandung di dalamnya. Pihak ketiga mengurus sebarang maklumat yang mereka menggumpul melalui kuki yang mereka tempatkan mengikut dasar privasi mereka. Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan kuki pihak ketiga, sila lawati laman web mereka atau ubah tetapan pelayar laman web anda.

 

Anda boleh memilih keluar daripada menerima kuki pengiklanan pihak ketiga yang diperibadikan (namun sila ambil perhatian bahawa anda masih akan menerima iklan dalam talian).

 

Bagaimana Kuki Diguna?

 

Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah kuki diguna untuk mendapat pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana aplikasi dan laman web berfungsi untuk mengoptimumkan pengalaman dalam talian dan peranti mudah alih. Kuki melakukan demikian dengan membenarkan pihak yang menyediakan kuki untuk menganalisa prestasi laman web atau aplikasi peranti mudah alih untuk mengenal pasti pengguna tertentu tanpa dikenal pasti serta mengingati pilihan mereka untuk memahami dengan lebih baik sama ada komputer atau alat peranti (dan mungkin penggunanya) telah melawati sesuatu laman web sebelum itu dan untuk menyediakan kuki pengiklanan yang lebih peribadi.

 

Bagaimanakah Saya Boleh Mengelakkan Kuki?

 

Anda mungkin boleh mengelakkan kuki dengan mengkonfigurasi tetapan pelayar laman web anda atau memilih keluar secara terus daripada pihak yang mengendalikan dan mengawal kuki berkenaan. Sila periksa tetapan pelayar laman web anda untuk maklumat lanjut. Anda juga mempunyai keupayaan untuk menerima dan menolak kuki. Anda akan dipersembahkan ‘Tajuk Besar Kuki’ apabila anda melayari laman web kami buat kali pertama.

 

Adakah Kuki Terkandung Dalam E-Mel?

 

E-mel kami mengandungi kuki untuk mengesan sama ada anda membuka e-mel kami dan sama ada anda mengklik pada sebarang pautan di dalam e-mel tersebut. Kuki di dalam e-mel kami digunakan untuk memantau sifat unik terhadap setiap e-mel dan tidak akan disimpan di dalam komputer atau alat peranti mudah alih anda.

 

Bagaimana Jika Saya Mempunyai Soalan?

Meat & Livestock Australia Ltd didaftarkan di Australia. Alamat perniagaan utama kami adalah di Tingkat 1, 40 Mount Street, North Sydney, NSW Australia 2060

Jika anda mempunyai sebarang soalan selepas membaca Dasar Kuki ini, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan maklumat perhubungan yang tertera di https://www.trueaussiebeefandlamb.my/contact-us.

Tarikh akhir dikemaskini 1/05/2019