Recipe for Sahur
500 g Potongan Daging Australia Halal yang disejukkan
1 tbsp Serbuk Kunyit
½ tsp Garam
½ tsp Gula
Sambal Hijau
150 g Cili hijau besar, dihiris
100 g Cili hijau, dihiris
100 g Tomato besar, kiub kecil
10 g Buah kerast
50 g Pes udang
80 g Bawang merah, dihiris
40 g Bawang putih, dihiris
30 g Serai, dihiris
20 ml Jus limau nipis
100 ml Minyak masak
Perap daging lembu dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Untuk membuat Sambal Hijau, panaskan kuali bersama sedikit minyak masak dengan api besar dan masukkan cili hijau, tomato, buah keras, pes udang, bawang merah, bawang putih dan serai. Tumis untuk 8–10 minit dan masukkan garam, gula dan jus limau nipis. Kisar pes ini kepada tekstur kasar dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan minyak masak dengan api besar, masukkan daging lembu yang telah diperap dan goreng daging lembu selama 3 hingga 4 minit sehingga masak sederhana baik.
Akhir sekali masukkan sambal hijau yang telah dikisar tadi dan gaulkan bersama daging lembu tadi di dalam kuali. Hidangkan segera bersama nasi wangi kukus yang panas.