Nikmati rasa yang amat menakjubkan ini dengan Sandwic Cendawan Portobello & Daging Striploin Australia yang berkhasiat.
Sos Mayones Worcestershire
Saute cendawan portobello dalam mentega.
Campurkan semua bahan sos mayones Worcestershire dan ketepikan.
Sapu mentega pada roti dan bakar di dalam penggoreng kering pada suhu 180°C selama 5 minit.
Perasakan Daging Striploin Australia Halal Segar dengan garam dan lada.
Panggang Daging Striploin Australia Halal Segar di dalam penggoreng kering pada suhu 180°C selama 5 minit sebelum diterbalikkan dan panggang semula selama 5 minit lagi.
Susun salad, bawang dan timun sebelum meletakkan stik di atasnya.
Sapu sedikit sos mayones Worcestershire di atas stik dan kemudian susun keju, tomato dan jeruk kuning lobak putih.
Letak kepingan roti yang kedua dan sedia untuk dinikmati!