by Chef Ashikhin Rendang Tok Daging Kambing Australia, Gaya Perak dan Begedil

  • Prep 40Min
  • Cook 3Hr
  • Style
  • Meat
  • Cut
  • Serves 4

Resepi Ramadan dan Raya Chef Ashikhin: Rendang Tok Daging Kambing Australia, Gaya Perak dan Begedil – hidangan kegemaran keluarga untuk dikongsi bersama.

Ingredients

Blend together

  • 100 g Bawang merah
  • 40 g Bawang putih
  • 40 g Cili kering
  • 40 g Cili padi
  • 50 g Halia
  • 30 g Lengkuas
  • 10 g Biji jintan manis
  • 10 g Biji jintan putih
  • 20 g Biji ketumbar

Bahan A

  • 500 g Daging Kaki Kambing Australia Sejuk, dipotong dadu
  • 200 ml Minyak masak
  • 2 batang Kayu manis
  • 500 ml Santan
  • 100 g Kelapa parut
  • 4 batang Serai, dititik
  • 5 helai Daun kunyit, dihiris halus
  • 80 g Kelapa kering (desiccated coconut)
  • 100 g Gula melaka
  • 20 g Garam
  • 30 ml Kicap manis
  • 10 g Serbuk pati ayam

Begedil Kambing

  • 50 g Daging Kambing Hancur Australia
  • 100 g Kentang – dipotong dadu, digoreng dan dilecek
  • 10 g Lada hitam kasar
  • 5 g Garam
  • 20 g Daun bawang, dihiris
  • 60 g Telur
  • 100 ml Minyak masak

Keluban

Kisar

  • 30 g Bawang merah
  • 30 g Bawang putih
  • 20 Cili padi
  • 30 g Udang kering
  • 30 g Ikan bilis
  • 40 g Cili kering

Bahan A

  • 200 g Kelapa parut

Bahan B

  • 100 g Tauge (celur)
  • 100 g Kacang panjang
  • 50 g Daun cekur (dihiris halus)
  • 100 g Rizom cekur (ditumbuk)
  • 50 g Pucuk ubi (celur)
  • 50 g Pucuk paku (celur)

Sambal Totok

  • 50 g Cili hijau
  • 30 g Cili padi
  • 40 g Ikan bilis
  • 30 g Bawang Putih
  • 30 g Bawang merah
  • 30 g Belacan
  • 15 g Garam
  • 15 g Gula
  • 30 ml Minyak masak
  • 50 ml Jus limau nipis

Sambal Terasi

  • 50 g Cili merah
  • 30 g Cili padi
  • 40 g Udang kering
  • 50 g Tomato
  • 30 g Bawang putih
  • 30 g Bawang merah
  • 30 g Belacan
  • 30 ml Minyak masak
  • 50 ml Jus limau nipis
  • 15 g Garam
  • 15 g Gula

Preparation

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan semua bahan A.

  2. Kacau rata dan masak sehingga daging kambing empuk. Rasa dan sesuaikan dengan garam dan perasa.

  3. Hidangkan bersama Nasi Ambeng dan Begedil Kambing.

Begedil Kambing

  1. Tumis kambing cincang sehingga masak.

  2. Gaulkan kentang lenyek dan daging kambing cincang hingga sebati, kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.

  3. Gaul bersama daun bawang hingga sebati dan bentukkan menjadi bebola.

  4. Leperkan bebola sedikit dan celup ke dalam telur sebelum digoreng hingga keperangan.

Keluban

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga kering dan rasa serta sesuaikan perasa. Ketepikan untuk disejukkan.

  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati dan hidangkan.

Sambal Totok

  1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan sehingga lembut.

  2. Kisar atau tumbuk sehingga agak kasar, kemudian masukkan jus limau.

  3. Rasa dan sesuaikan perasa.

Sambal Terasi

  1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan sehingga lembut.

  2. Kisar atau tumbuk sehingga agak kasar, kemudian masukkan jus limau.

  3. Rasa dan sesuaikan dengan perasa.

 

Kunjungi Ramadan and Raya Specials 2024untuk lebih banyak hidangan lazat dan pengalaman menarik!