Resepi Ramadan & Raya Chef Karim: Rusuk Kambing Australia Kerutuk
Bahan Rempah Kisar:
Rempah Sangai (Goreng Kering):
Perasa:
Hiasan:
Kisar semua bahan rempah menggunakan pemproses makanan sehingga menjadi pes yang halus.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah kering (bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang) serta daun pandan selama 1 – 2 minit sehingga minyak naik bau. Masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis atas api sederhana selama 8 – 10 minit.
Masukkan potongan daging kambing ke dalam pes rempah dan goreng selama 1 – 2 minit sehingga daging kelihatan sedikit keperangan.
Seterusnya, masukkan santan, air dan serai. Masak sehingga daging kambing empuk dan kuah menjadi pekat (jika daging sudah empuk tetapi kuah masih cair, keluarkan daging menggunakan sudu berlubang dan teruskan memasak kuah di atas api sederhana sehingga mencapai kepekatan yang diingini).
Masukkan kelapa parut kering yang telah disangai, kemudian perasakan dengan garam dan gula perang secukup rasa.
Hidangkan bersama nasi putih dan hias dengan hirisan halus daun limau purut serta satu sudu besar kelapa parut kering yang telah disangai.
Kunjungi Istimewa Ramadan & Raya 2024 untuk lebih banyak hidangan lazat dan pengalaman menarik!