Daging Rusuk Kambing Australia yang diberi makan rumput disalut dengan perasa Kerutub dan dimasak perlahan selama 24 jam.
Panaskan ketuhar dengan api yang sangat perlahan dan suhu 80°c/50%.
Untuk perasa “Kerutub”, panaskan kuali, tumiskan bawang besar dan bawang merah sehingga menjadi karamel, masukkan kayu manis, bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga, jintan manis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang putih, lengkuas, halia, kunyit dan cili kering, teruskan kacau sehingga semua adunan ini menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam, lada hitam, gula Melaka serta pekatkan dengan santan.
Pada kuali pembakar, salutkan kambing dengan pes perasa kerutub dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan, panggang dengan api perlahan selama 24 jam.
Gunakan berus pastri, salutkan kambing dengan pes Kerutub setiap 4 hingga 5 jam.
Setelah kambing masak, keluarkan dari ketuhar, balut dengan kerajang aluminium dan biarkan selama 30 minit untuk mengekalkan kelembapan.
Hiris dan hidangkan bersama kerisik, budu, air asam jawa untuk menambah perasa.