Kari daging kambing Muhibbah

  • Prep 40Min
  • Cook 40Min
  • Style ,
  • Meat
  • Cut
  • Serves 4

Hidangan yang amat sesuai bagi iftar anda, kari daging yang amat aromatik dan menyelerakan!

Ingredients

  • 1kg bahagian kaki daging kambing Australia, dipotong kecil
  • 1 pkt rempah kari daging
  • 1 kotak santan 
  • 2 biji tomato, didadu kecil
  • 3 biji kentang, didadu kecil
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 keping kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 cawan air
  • ½ sudu lada putih

Bahan-bahan perap daging

  • 1 biji bawang merah besar, ditumbuk halus
  • 1 biji bawang merah besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 batang cili merah, dihiris dan ditumbuk halus
  • 1 ulas halia yang kecil, ditumbuk halus

Preparation

  1. Perapkan daging dengan bahan-bahan yang dikhaskan selama setengah jam 

  2. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bawang merah yang dihiris, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang

  3. Masukkan daging yang sudah diperap dan tumiskan 

  4. Masukkan santan dan air, kemudian tutup periuk

  5. Masukkan kentang dan tomato

  6. Bubuhkan garam dan lada putih secukup rasa

  7. Hidangkan lauk dengan nasi yang panas