Tentang DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA

Daging Biri-biri Australia dinikmati di lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia. Mengapa? Kerana Daging Biri-biri dari Australia mempunyai 'kelebihan segalanya keluaran semula jadi' dan boleh didapati dalam pelbagai barisan produk dan potongan. Ia diternak di padang rumput ternak, di beri makan rumput, dan bebas daripada bahan buatan tiruan serta penggalak pertumbuhan hormon - produk yang murni daripada persekitaran yang murni.

Australia merupakan salah satu daripada pengeksport Daging Biri-biri terbesar dunia. Daging Biri-biri Australia ialah produk yang segalanya keluaran semula jadi, dan biri-biri kami diternak secara semula jadi di padang rumput ternak yang subur menghijau. Biri-biri Aussie dibesarkan dengan bahan-bahan terbaik di dunia: udara yang bersih, air yang segar dan rumput yang hijau.

MEMASAK DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA

MEMASAK DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA

Pelbagai jenis produk dan potongan Daging Biri-biri Australia boleh disesuaikan dengan bermacam-macam teknik dan resipi masakan.

Sebagai contoh, cop dan tulang T paling enak jika dipanggang, sementara kaki dan bahagian betis lazat jika di tumis-reneh perlahan. Disertakan di sini beberapa petua yang boleh anda gunakan semasa memasak Daging Biri-biri Australia:

  • Biarkan daging pada suhu bilik sebelum mula memasak bagi mengelakkannya daripada menjadi kering. 
  • Daging lembu yang diberi makan rumput mengambil masa yang cepat untuk masak - dalam anggaran 30% kurang daripada biasa.
  • Rehatkan stik, cop dan panggangan selama 5-10 minit sebelum dipotong - ia akan mengekalkan keempukan dan jusnya.

 

 

BILANGAN BIRI-BIRI

BILANGAN BIRI-BIRI

Di Australia, biri-biri diternak dalam pelbagai iklim - dari bahagian gersang dan separa gersang di kawasan pedalaman, hingga ke kawasan yang mempunyai kadar hujan yang tinggi di New South Wales, Victoria, Australia Selatan dan Tasmania. Penjuru barat daya Australia Barat juga merupakan daerah pengeluaran biri-biri yang penting.

Saiz kawanan biri-biri Australia berubah-ubah mengikut pelbagai keadaan bermusim, pergerakan harga bulu biri-biri dan keuntungan relatif perusahaan lain. Pada tahun 1970, kawanan biri-biri melonjak sehingga mencapai 180 juta ekor. Hari ini, jumlah biri-biri dianggarkan sekitar 74.5 juta ekor.

 

NAMA-NAMA BAGI DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA

NAMA-NAMA BAGI DAGING BIRI-BIRI AUSTRALIA

APA ADA PADA NAMA?

  • 'Lamb' dan 'mutton' adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan daging biri-biri yang berbeza usianya.
  • 'Lamb' diklasifikasikan sebagai biri-biri yang tidak mempunyai gigi kacip kekal – secara umumnya yang berusia sekitar 12 bulan.
  • 'Lamb' Utama (Prime Lamb) adalah istilah yang digunakan di Australia yang secara umumnya merujuk kepada biri-biri yang diternak khusus untuk dagingnya.
  • 'Lamb' musim bunga (Spring Lamb) adalah istilah yang diberikan kepada puncak bermusim dalam pembekalan, mengikut kitaran pembiakan tradisi: biri-biri dilahirkan dalam musim sejuk sebelumnya dan dijual pada musim bunga berikutnya pada anggaran usianya 12 bulan.
  • 'Mutton' diklasifikasikan sebagai biri-biri yang mempunyai sekurang-kurangnya satu gigi kacip kekal - secara umumnya 'mutton' berusia lebih daripada 12 bulan dan dianggap sebagai biri-biri dewasa.

 

PANDUAN PRODUK

PANDUAN PRODUK

Panduan produk daging biri-biri ini dihasilkan untuk pembeli daging pasaraya, pemotong daging, pengendali restoran dan cef yang ingin mendalami cara memesan dan menggunakan daging biri-biri Australia bagi meningkatkan perniagaan mereka. Panduan ini mengandungi maklumat mengenai biri-biri Australia dari aspek cara menternak, keselamatan, pemakanan, kebolehkesanan, kelestarian, potongan daging, pembungkusan, pemesanan dan maklumat lain yang berguna.

MUAT TURUN DI SINI

Dapatkan lebih banyak maklumat

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENGELUARAN